C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
lelaki boleh , tapi perempuan tak boleh ?
Saturday 11 January 2014 • 22:05 • 0 comments
alt
“Tak aci! Lelaki boleh. Perempuan tak boleh,” keluh seorang remaja puteri apabila dinasihati ibunya agar tidak memakai baju berlengan pendek ketika keluar rumah.
“Mana adil! Orang perempuan boleh enjoy duduk rumah,” rungut hati seorang remaja lelaki apabila ayahnya mengajak ke masjid.
Adakah lelaki dan perempuan sama?

APA YANG SAMA? Ada yang sama. Ada yang berbeza. Bukan sama secara mutlak. Bukan juga berbeza secara mutlak.
Antara aspek yang sama ialah dari segi nilai kemanusian. Kedua-dua lelaki dan perempuan adalah manusia. Perlu dilayan sebagai seorang manusia.  Bukan dipandang seperti syaitan yang hanya ada keburukan. Atau dipandang seperti malaikat yang perlu sempurna dan tiada dosa.
Seterusnya aspek bertanggung jawab terhadap dosa dan pahala sendiri, sama sahaja antara lelaki dan perempuan. Lelaki yang mencuri perlu dihukum. Begitu juga perempuan yang mencuri. Perempuan yang berzina perlu dihukum. Begitu juga lelaki yang berzina. Kedua-dua lelaki dan perempuan akan balik berjumpa Allah dan disoal amalan masing-masing. Bukan lelaki sahaja yang akan disoal. Bukan juga perempuan sahaja yang akan disumbat ke neraka.

MANA YANG BERBEZA?Antara aspek yang berbeza pula ialah dari segi beberapa tuntutan peranan. Ada pengkhususan masing-masing. Ada pembahagian tugas oleh Allah SWT. Contohnya, tuntutan berpenampilan. Wanita mesti menampakkan kewanitaannya. Lelaki mesti menampakkan kelelakiannya. Oleh sebab itu, hal berpakaian, berdandan atau menggunakan perhiasan, tidak sama antara lelaki dan perempuan.
Wanita dan lelaki saling memerlukan. Masing-masing ibarat baju dan seluar. Isu-isu wanita perlu diambil berat oleh lelaki seakan-akan mengambil berat terhadap seluarnya sendiri. Isu-isu lelaki perlu diambil berat oleh wanita seakan-akan mengambil berat terhadap bajunya sendiri. Jika konsep dan kedudukan wanita misalnya, tidak dimengerti oleh golongan lelaki, ia akan menatijahkan ketempangan pemahaman dan persepsi. Sukar untuk saling kuat-menguatkan apabila diterjah banyak prasangka tanpa ilmu yang benar.
“Apalah perempuan ini pakai tudung berwarna-warni. Ini tabarruj,” sangka lelaki tanpa asas ilmu yang jelas tentang maksud tabarruj. Banyak khilaf mengenainya. Ulama bermanhaj pertengahan mentakrifkan ‘tabarruj’ ialah sengaja mendedahkan apa yang sepatutnya ditutup.
“Lelaki ini tidak pakai jubah, tidak mengikut sunnah,” bisik hati seorang perempuan tanpa asas ilmu yang jelas tentang konsep berpakaian mengikut sunnah. Pakaian yang ditunjukkan oleh sunnah ialah pakaian yang prinsipnya menutup aurat, perlaksanaannya fleksibel mengikut uruf atau adat yang pelbagai.



PASTFUTURE
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 1 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • wanita hiasan dunia
  • take five .
  • throwback
  • december i come back !
  • luahan seorang anak
  • famous amos
  • salam jumaat :)
  • ihya ramadhan
  • tetap menantimu
  • song to sweetheart