C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
hidayah untuk semua :)
Saturday 11 January 2014 • 22:05 • 0 comments
assalamualaikumm selamat petang gaisss :) solat zohor belum ? kalau belum cepat2 pergi solat dulu sebelum baca entry ni :) bila berubah kepada yang lebih baik , terus cakap hidayah dah sampai. nampak tak dekat situ yang hidayah dari Allah tersangat sangatlah indah.

lagi satu perkara orang selalu tegur , tanya dan jawab. " asal kau tak berubah lagi ? kau tak takut dosa ke ? " dan jawapan paling femes adalah " aku tak dapat hidayah lagi lah " . tak dapat ? kenapa tak cari ? kenapa takut nak cari hidayah Allah ? sedangkan mencari hidayah Allah tersangatlah indah dan tidak akan sia2. rela pulak cari lelaki / perempuan untuk dijadikan gf / bf sedangkan ia banyak mendatangkan keburukan.

sebenarnya , kita perlu berusaha untuk mencari dan membuat kebaikan. perbanyakkan membuat amal soleh dan bertahajjud. bila Allah dah nak turunkan hidayah kepada hambanya, seorang pelacur yang berada di kelab malam pun akan tersedar dari mimpi yang ngeri kerana telah diturunkan hidayah ke atas dirinya. apatah lagi kita yang telah berniat , tiada kesudahan mencari jalan keredhaanNya untuk mendapat hidayah dariNya.

berusahalah wahai sahabatku dalam mencari jalan keredhaan Allah. jangan mudah berputus asa. jika lambat, bukan Allah tidak pedulikan niatmu , tetapi Dia hanya ingin menguji sekuat mana keimanmu kepadaNya dan seteguh mana sifat sabarmu dalam mencari hidayahNya. assalamualaikum :)

lelaki boleh , tapi perempuan tak boleh ?
• 22:05 • 0 comments
alt
“Tak aci! Lelaki boleh. Perempuan tak boleh,” keluh seorang remaja puteri apabila dinasihati ibunya agar tidak memakai baju berlengan pendek ketika keluar rumah.
“Mana adil! Orang perempuan boleh enjoy duduk rumah,” rungut hati seorang remaja lelaki apabila ayahnya mengajak ke masjid.
Adakah lelaki dan perempuan sama?

APA YANG SAMA? Ada yang sama. Ada yang berbeza. Bukan sama secara mutlak. Bukan juga berbeza secara mutlak.
Antara aspek yang sama ialah dari segi nilai kemanusian. Kedua-dua lelaki dan perempuan adalah manusia. Perlu dilayan sebagai seorang manusia.  Bukan dipandang seperti syaitan yang hanya ada keburukan. Atau dipandang seperti malaikat yang perlu sempurna dan tiada dosa.
Seterusnya aspek bertanggung jawab terhadap dosa dan pahala sendiri, sama sahaja antara lelaki dan perempuan. Lelaki yang mencuri perlu dihukum. Begitu juga perempuan yang mencuri. Perempuan yang berzina perlu dihukum. Begitu juga lelaki yang berzina. Kedua-dua lelaki dan perempuan akan balik berjumpa Allah dan disoal amalan masing-masing. Bukan lelaki sahaja yang akan disoal. Bukan juga perempuan sahaja yang akan disumbat ke neraka.

MANA YANG BERBEZA?Antara aspek yang berbeza pula ialah dari segi beberapa tuntutan peranan. Ada pengkhususan masing-masing. Ada pembahagian tugas oleh Allah SWT. Contohnya, tuntutan berpenampilan. Wanita mesti menampakkan kewanitaannya. Lelaki mesti menampakkan kelelakiannya. Oleh sebab itu, hal berpakaian, berdandan atau menggunakan perhiasan, tidak sama antara lelaki dan perempuan.
Wanita dan lelaki saling memerlukan. Masing-masing ibarat baju dan seluar. Isu-isu wanita perlu diambil berat oleh lelaki seakan-akan mengambil berat terhadap seluarnya sendiri. Isu-isu lelaki perlu diambil berat oleh wanita seakan-akan mengambil berat terhadap bajunya sendiri. Jika konsep dan kedudukan wanita misalnya, tidak dimengerti oleh golongan lelaki, ia akan menatijahkan ketempangan pemahaman dan persepsi. Sukar untuk saling kuat-menguatkan apabila diterjah banyak prasangka tanpa ilmu yang benar.
“Apalah perempuan ini pakai tudung berwarna-warni. Ini tabarruj,” sangka lelaki tanpa asas ilmu yang jelas tentang maksud tabarruj. Banyak khilaf mengenainya. Ulama bermanhaj pertengahan mentakrifkan ‘tabarruj’ ialah sengaja mendedahkan apa yang sepatutnya ditutup.
“Lelaki ini tidak pakai jubah, tidak mengikut sunnah,” bisik hati seorang perempuan tanpa asas ilmu yang jelas tentang konsep berpakaian mengikut sunnah. Pakaian yang ditunjukkan oleh sunnah ialah pakaian yang prinsipnya menutup aurat, perlaksanaannya fleksibel mengikut uruf atau adat yang pelbagai.


wanita hiasan dunia
• 21:59 • 0 comments
assalamualaikum , Alhamdulillah dapat mengepost disini lagi :) hari ni tiba2 pulak rasa nak sentuh pasal aurat wanita. aurat ? mesti ramai yang beranggapan pakai tudung dah memadai . maksudnya telah mengikut syarak menutup aurat. sebenarnya salah wahai hawa sekalian. memang memakai tudung adalah satu suruhan , tapi cuba tengok pula cara pemakaiannya pula. adakah seperti menampakkan dada , ataupun bertudung tapi dress up dia ? mashaAllah .

throwback masa saya tingkatan satu dan dua. dahulu, saya pun seorang yang pemakai tudung. memang tak pernah tinggal tudung. tapi sayangnya , cara pemakaian saya. AllahuRabb , saya malu . memang sendat , pakai jeans skinny. saya dapat rasa seperti diperhatikan setiap langkah dan gerak geri. demi Allah saya cakap, saya rasa segan dan tersangat sangat malu. sedangkan apabila kita sengaja memakai haruman bagi lelaki menghidunya dah ibarat seperti berzina. ini kan pulak maruah kita sebagai wanita.

" aku dah bertudung, apa salah aku lagi . aku dah tutup aurat kan sekarang ni ! " ya memang , awak dah bagus bertudung dan dah menutup aurat awak dibahagian kepala. tapi , dibahagian dada awak belum tutup sayang. bukankah bahagian itu harta wanita. cuma seorang lelaki sahaja yang layak awak tak tutup. iaitu suami awak . tetapi ingat , hanya suami dan bukan bakal suami :) . cara pemakaian yang betul ialah dibawah dada. bukan di atas dada atau ditengah dada :)

" weh apesal kau pakai sarung lengan bagai ni, kau ingat ni korea ke ?! hahahaa " korea tak korea , lengan pun aurat jugak sayang :) tapi budak sekolah sekarang siap lipat lagi sampai ke siku sambil berjalan terkedek kedek. taknak pakai sarung lengan pun takpa , asalkan pakailah baju yang berlengan panjang. tapi haram jika pakai baju lengan pendek dan sarungkan sarung lengan . hal ini pun dikira membalut aurat.



take five .
• 17:32 • 0 comments
assalamualaikum and hi there :D , bosan lah pulak tak pergi sekolah hari ni -.- tapi takpe lah, yang penting aku tak menangis meraung kesakitan disekolah nanti. menyusah pulak kat cikgu bertugas. hmm hmm , gatai pulakss tangan ni check blog hamba2 Allah yang aku kenali. okeyyyyy yes ! i found it . thankiu cikhah :*

untuk pengetahuan awak ye sayang NF , saya dah lama buang semua rasa2 negatif dalam diri saya ni terhadap awak . ohh ok , awak sebenarnya takde perasaan pape pun dekat ex saya ? selepas beberapa hari awak inbox saya dekat fesbuk mintak maaf bagai , sempat pulak awak panggil dia " sayang " . cakap pasal apa ye " pukul 11 abis doh syg " . ohh cantik awak . cakap lain buat lain :) memang pahit bila orang yang kita sayang tinggalkan kita. saya tak gila nak meroyan semata mata dia melayan awak. awak jangan fikir saya sakit hati dengan awak , masa saya couple dengan dia , dia dah melayan perempuan lain . lepas satu , satu dia layan. untuk pengetahuan awak lagi la kann , saya sempat jumpa dia. time tu kiteorang memang dah break. macam2 dia cerita pasal awak dekat saya . dia cakap awak baik , awak memahami dia and everything lah awak ni bagi dia. cuba awak bayangkan awak ditempat saya , dengar ex awak cakap macam tu depan awak . face to face ! saya senyum je depan dia. saya mampu ucap tahniah sebab dah jumpa yang terbaik. takkan awak dah lupa apa saya reply inbox awak haritu . saya cakap hati orang kita tak boleh paksa kan. saya redha je . memang hati saya sakit . sebab saya dah anggap awak kawan saya sendiri dan awak adik kawan baik saya. 

ok awak , selepas daripada tu , saya tenangkan diri saya . saya lupakan semua. kalau ikutkan , sampai sekarang saya ingat satu persatu kejadian dulu. kalau awak memang dah buang pasal dulu, kenapa haritu kita terjumpa dekat kbm , pastu pegi makan sepatah pun tak tegur , tengok pun tidak kann . dah laa , lupakan semua ni . pasal benda ni je , no heart feeling . kalau tak puas hati dengan saya , jangan post dalam twitter . mintak nombor saya dengan kakak awak , dan call terus . no more fighting . terus terang dan tanya . i hope u read this NF :)

throwback
Monday 2 December 2013 • 04:04 • 0 comments
hi peeps :) assalamualaikummm . hmm tetiba je teringat masa holiday kat genting haritu . haritu dalam bulan march kot . maybe laa . mak n abah tak ikut sekali . sebab haritu ak sanggup ponteng sekolah dua hari semata mata nak join pegi genting dengan adik beradik . memang happy sangat2 :) tapi dalam happy tu terselit sedikit luka dalam hati aku . k , bukan sedikit sebenarnya . tapi banyakkk ok banyakkkk !!! i hate triple of youu ! :"(

haritu bf aku buat perangai , dia paksa ak untuk putus . aku tak sangka weh dalam diam dia mainkan aku . bodooohhhhhhh ! erghh sudah laa . bila ak teringat kisah ni . memang aku benci kau dengan 3 perempuan tuu . hmmm :")















december i come back !
• 03:44 • 0 comments
bismillahhirahmanirrahim , Assalamualaikum :) start your step n first word with bismillah ok :)
dah lama tak update menda nih . dah berbulan kot . rasanya last update 2 hari nak sambut raya aidilfitri .
tetiba je hari ni :D

cepat gila masa berlalu . tut tut dah bulan december 28 hari lagi nak menjejakkan kaki di sekolah sebagai form 5 . kejap je kan masa berjalan :( ni bukannya berjalan , tapi sekarang masa dah lari pecut -.- soooo , tinggal 28 hari je la lagi untuk bersenang lenang dirumah .

tapi ak tak bersenang lenang jugak . minggu lepas ak start tusyen dekat sigma one . yang bersebelahan dengan restoran selera cik siti tu haaaaaa . dah macam sekolah dah aku rasa . start pukul 8.30 until 1 tengahhari . ahhh memang lumayan gila lah dengan yurannyaa .yuran tu boleh mak ak beli barang dapur penuh troli mydin . btw , thankiu mom :")

btw , ak tengok budak tusyen sana macam anak orang kaya jerr semua . sorang tu pakai iphone lah ape lahh . haa yang best nyee semalam ak nak kuar pegi rehat dengan kawan2 ak ni . tengok sorang perempuan kat meja counter pendaftaran . aihh dalam hati ni cakap macam kenal jer perempuan tu . haa memang dah sah lah aku kenal minah tu ! sin lin el zawawi rupanya . wahahhaha memang ak nak tergelak gila xD tak ku sangka tak ku duga dapat tusyen sebumbung dengan minah tuu . memang gila lah dia tengok dari atas sampai bawah . asal ? kau terkejut sangat ke dapat jumpa ak yang selalu kau tindas dalam fb . wkwkwkwk . gedik siot kau jalan . kau tu dah la ehem2 ! ><

luahan seorang anak
Sunday 4 August 2013 • 01:02 • 0 comments
assalamualaikum n hi bloggers . selamat berpuasa :) petang yang membosankan hari ni , tadi aku ada search sebuah blog ni . baca sebuah cerita pasal rintihan seorang anak . aku taktahu sama ada cerita ni yang mana salah , seorang ibu atau anaknya .

dikatakan ibu ini selalu rimas dengan anak kandungnya sendiri . siapa yang tak kecik hati kan bila dengar macam tu lagi2 anak kandungnya sendiri yang dengar . adik beradik lain boleh pulak tolong gelakkan balik .
anaknya ini dinamakan alia . nama tu je lah yang aku tahu . alia selalu sedih dan selalu tahan je apa yang mak dia luahkan . dia selalu bersabar dan terus bersabar . jarang dia keluarkan air mata depan ibunya bila ibunya luah sebegitu .

bukannya nak tunjuk ego sorokkan air mata . alia tak mampu menangis meraung macam budak2 sebab dia sendiri taktahu mak dia luah macam tu salah diri sendiri atau memang mak dia tak suka dekat anak sendiri . alia sedar yang dia seorang yang pemalas , susah nak dengar apa mak dia cakap . tapi bila mood dia rajin  , memang dia rajin . bukannya mak dia tak penah tengok anaknya tak buat kerja rumah . kadang2 dia tengok , tapi bila cakap dengan saudara mara ke apa , mesti alia di chopkan sebagai pemalas yang keatas sekali .

waktu petang , alia duduk kat dapur dengan mak . pastu dia tegur mak dengan ayat nak bergurau . tapi satu pun ayat alia tu yang boleh mengguriskan hati mak sendiri . selajunya mak dia balas , kau ni ngade2 lah . kalau kau anak tiri aku dah lama aku buang kau , keluarkan dari rumah ni . aku paling sakit hati bila bercakap dengan kau " macam tu lah luahan hati mak alia .

alia terkecil hati sangat dengan luahan mak dia . lalu dia berdoa kepada yang Esa . " ya Allah , aku tahu aku banyak buat dosa dengan mak , tolong ampunkan dosaku . ya Allah , apa yang aku dengar dari luahan hati mak ak sendiri tu semoga2 aku hanya bermimpi . jika benar , kau ampunkan dosaku serta dosa ibuku :"( ameenn "

** the end , sampai situ je alia luahkan dan yang aku cerita balik apa yang aku baca :)) , byee **


PAST
MY WORDS;
HAI , i from pluto . My UFO was break down , My age 11200 years old, i have 1 mother . my birth date 12/12/2090 . i just want to say behave with me because i have 2pair screw driver as my hand . bhaha..

GIVE ME YOUR WORDS;

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • hidayah untuk semua :)
  • lelaki boleh , tapi perempuan tak boleh ?
  • wanita hiasan dunia
  • take five .
  • throwback
  • december i come back !
  • luahan seorang anak
  • famous amos
  • salam jumaat :)
  • ihya ramadhan